Ayatullah Jaafar Subhani salah seorang Marji’ Taqlid terkemuka
menyatakan, “Syiah tidak pernah mengkafirkan para sahabat, bahkan
mencintai dan menghormati mereka. Namun kami tidak menganggap mereka
semua adil.”
Ayatullah Jaafar Subhani dalam kuliah tafsir surah al-Hasyr di
Madrasah ‘Ali Fiqh mendedahkan, “Hanya orang yang tidak berpelajaran
sahaja yang menganggap sahabat Nabi bersikap adil dari awal sampai akhir
hayat mereka, atau mengatakan riwayat daripada mereka itu muktabar.
Meskipun Syiah memberi penghormatan kepada mereka, ini bukanlah alasan
untuk menutup mata dan memuktabarkan riwayat daripada sahabat.” Beliau
menambah, tidak seperti fitnah yang tersebar luas, Syiah juga mengasihi
mereka namun sebahagian pembohongan menuduh Syiah mengkafirkan sahabat.”
“Kekafiran dan keadilan adalah dua masalah entiti yang berbeza dan
tidak boleh kedua-duanya dicampur adukkan. Pada pandangan Syiah
dikalangan sahabat lebih dari 70 peratus mereka itu bertaqwa dan berlaku
adil, namun sebilangan daripada mereka ada juga bersikap tidak adil.
Tidak adil dan kafir sangat jauh bezanya.”
“Bagaimana mungkin Syiah mengkafirkan semua sahabat sedangkan lebih
150 orang daripada kalangan mereka itu adalah pengikut Ali (as). Oleh
itu hendaklah mereka yang membuat tuduhan itu takut kepada Allah dan
tidak berdusta lagi.” tambah beliau.
Berkenaan riwayat-riwayat Ahlusunnah seperti di dalam Sahih Bukhari
beliau mengatakan, “Dalam kitab Sahih Bukhari sebahagian riwayat
menunjukkan kemurtadan para sahabat. Syiah menganggap kemurtadan ini
adalah berpaling dari kepimpinan, bukannya keluar dari Islam. Oleh itu
barangsiapa yang membuat tuduhan liar terhadap Syiah, mereka itu dikira
tidak berpelajaran.”
Merujuk kepada beberapa peristiwa bersejarah tentang ketidak adilan
sebahagian para sahabat, ulama tafsir ini menjelaskan, “Sejarah
menunjukkan bahawa sahabat Nabi beberapa kali mengingkari baginda dan
banyak ayat telah turun untuk memberi hidayat dan menghalang mereka dari
kesesatan dan kefasikan yang mana teladan itu dapat disaksikan dalam
surah al-Hasyr.”
Ayatullah Subhani menegaskan, “Sebahagian khutbah Nabi dan peperangan
setelah wafat baginda seperti perang Jamal, Nahrawan dan….. perkara ini
membuktikan sebahagian para sahabat terjebak seperti apa yang
dirisaukan baginda dan gugurlah keadilan dari mereka itu.”
Menurut beliau lagi, “Allah (swt) mendifinisikan sifat dan ciri-ciri
para sahabat di dalam berbagai ayat, namun jelas sekali definisi itu
tidaklah meliputi semua sahabat namun kebanyakan daripada mereka
termasuk di dalamnya.”
“Maksud ayat-ayat seperti ini ialah sahabat hakiki yang memiliki
sifat dan personaliti seperti ini sahaja, bukan bermaksud pakaian
keadilan dan kesucian dibusanakan ke tubuh semua sahabat.” menurut
beliau lagi.
Source :
http://ahlulbaitnabisaw-sejarah.blogspot.com